Iklan Jawatan Kosong UiTM Cawan­gan Johor

Uni­ver­siti Teknologi MARA Cawan­gan Johor den­gan ini mem­pelawa calon-​calon Bumi­put­era War­gane­gara Malaysia yang berke­layakan dalam bidang-​bidang yang berkai­tan untuk mengisi jawatan Bukan Akademik secara Tetap/​Kontrak di Uni­ver­siti Teknologi MARA Cawan­gan Johor, Kam­pus Pasir Gudang/​Kampus Segamat.

Tarikh tutup per­mo­ho­nan adalah pada hari ISNIN, 21 MAC 2016.
Sila kemukakan per­mo­ho­nan kepada:

TIM­BALAN PENDAF­TAR
BAHA­GIAN PEN­TAD­BI­RAN
UNI­VER­SITI TEKNOLOGI MARA CAWAN­GAN JOHOR
KAM­PUS SEGA­MAT
KM. 12, JALAN MUAR
85000 SEGA­MAT
JOHOR DARUL TAZIM

No Tel : +(607)-935 23382020 /​2273

SILA KE LINK INI UNTUK PERMOHONAN

Advertisements

BLOG KHAS UNTUK TENAGA PENGAJAR MUDA UITM(NOT OFFICIAL)

kepada pengunjung semua..saya  ingin memberitahu bahawa saya sekarang tidak berapa aktif untuk mengupdate blog ini..kerana semakin sibuk dengan kerja harian.tetapi saya sekadar  membantu ingin memberitahu bahawa ada satu lagi blog khas untuk tenaga pengajar muda uitm iaitu..http://tpm-uitm.blogspot.com/.semua perkara tentang tpm uitm akan diupdate di blog ini..sekian terima kasih

PELANJUTAN TEMPOH SAHLAKU TAWARAN SKIM BIASISWA TENAGA PENGAJAR MUDA UiTM TAHUN 2010/2011

sy br dpt email dr uitm ttg perkara ni..ni utk calon2 tpm sesi 2010 yg belum smbg belajar lg..bkn yg thn ni.

Semua Penerima Tawaran
Skim Biasiswa Tenaga Pengajar Muda UiTM Tahun 2010/2011

Tuan/Puan,

PELANJUTAN TEMPOH SAHLAKU TAWARAN SKIM BIASISWA TENAGA PENGAJAR
MUDA UiTM TAHUN 2010/2011

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Merujuk kepada arahan Kementerian Pengajian Tinggi (surat
[JPT.S(BPKP)200/400/016/03 J1d.3(27)] bertarikh 15 Oktober 2010) berhubung perubahan
sesi akademik institusi pengajian tinggi bagi kemasukan pelajar lepasan SPM/setaraf dan
lepasan STPM/setaraf, dimaklumkan bahawa pihak Jawatankuasa Latihan & Pembangunan
Staf (Induk) UiTM telah meluluskan pelanjutan tempoh sahlaku tawaran Biasiswa Tenaga
Pengajar Muda bagi tahun 2010/2011 daripada 30 Jun 2011 dan 31 Julai 2011 kepada 30
September 2011.

3. Sukacita dapat pihak tuan/puan mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan
pihak tuan/puan dapat memulakan pengajian dalam tempoh sahiaku yang telah ditetapkan.
Sila ambil perhatian bahawa sekiranya pihak tuan/puan gagal memulakan pengajian dalam
tempoh tersebut, tawaran biasiswa berkenaan adalah TERBATAL.

4 Pihak tuan/puan juga diminta untuk mengemukakan dokumen perjanjian dan
dokumen lain yang berkaitan kepada pihak Jabatan Pembangunan Sumber Manusia
(JPbSM) selewat-lewatnya 2 bulan sebelum tuan/puan memulakan pengajian.

5. Sila abaikan pelanjutan tempoh sahlaku ini sekiranya tuan/puan telah memulakan
pengajian.

Sekian, harap maklum dan selamat maju jaya.

Peringatan Mengenai TPM UiTM 2011

anda harus diingatkan supaya tidak mengharapkan keputusan temuduga tpm diketahui dalam tempoh yang terdekat..kerana selepas panggilan temuduga tidak semestinya keputusan diketahui dalam tempoh 6 bulan terdekat. Melalui pengalaman saya..selepas 10 bulan temuduga baru lah keputusan keluar dan alhamdulillah dapat..begitu juga dengan elaun.biasanya elaun tpm uitm akan diberi selepas tempoh 3 bulan..

Info Terkini Temuduga TPM Uitm 2011

Panggilan temuduga untuk tpm uitm 2011 akan dibuat secara berperingkat-peringkat mengikut fakulti masing-masing.Panggilan temuduga akan bermula bulan empat.jadi sentiasa lah bersedia..untuk membantu anda saya akan sentiasa memberi info info terkini mengenai tp uitm.harap maklum dan semoga berjaya.untuk maklumat lanjut telefon ke jpbsm..

TEMUDUGA TPM UITM

kepada calon yg dh mengisi permohonan tpm uitm..di sini sy nk share sedikit tips tentang temuduga.untuk temuduga tpm ni..anda akan ditemuduga oleh senior lecturer yg mewakili fakulti masing-masing.biasanya mereka ini bertaraf Dr, Ir,Sr,Prof Madya, Prof, timbalan dekan dan dekan.

untuk permulaan anda disuruh membuat presentation menggunakan slide yang anda buat sendiri.tajuk slide adalah bebas. tp saya cadangkan supaya anda membuat slide yg berkaitan dgn bidang yang anda pohon dan anda mestilah betul2 memahami tajuk yg anda pilih.anda hanya diberi masa selama 5 minit.jadi sy cadangkan slide anda seboleh boleh nya tidak kurang dari 5 dan tak lebih dari 10.slide anda juga mesti la ringkas supaya nnti anda boleh membuat explanation tanpa melihat slide kerana panel hanya ingin melihat kebolehan anda mengajar.

selepas membuat presentation, baru la anda akan ditemuduga oleh mereka2 ini..soalan biasanya yg basic2 shj,cuma mesti la speaking dlm english.time ni anda mesti la menunjukkan keyakinan diri anda utk menjawab soalan.kadang2 apa yg diorang ty kita dh jwb betul cuma diorang kata salah sb nk uji keyakinan diri kita.anda kene btl2 menyokong apa shj jawapan yg anda bg.bg freshgraduate soalan biasanya tanya pasal kenapa berminat,biodata diri,and byk lg.bg yg bekerja kenapa tkr kerja ambk tpm, kerja brape lama.and byk lg..

tips tambahan..

  • pakaian mesti formal and kemas
  • bawa semua sijil dan dokumen(copy dan asal)
  • bawa resume
  • bawa presentation slide
  • mohon pada Allah semoga semuanya berjalan dengan lancar.InsyaAllah.

sekian,terima kasih..