BIASISWA TUNKU ABDUL RAHMAN (BTAR) 2016

Biasiswa berprestij dan eksklusif ini ditawarkan kepada pelajar cemerlang dan berbakat kepimpinan yang tinggi. Ianya memberikan sokongan kewangan kepada bakal graduan yang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda di IPTA mahupun IPTS dalam negara. Penerima biasiswa ini digelar Tunku Scholars.

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

(a) Syarat Asas

(i) Warganegara Malaysia.

(ii) Umur tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan.

(b) Syarat Kelayakan Akademi dan Ko-kurikulum

(i) Pelajar lepasan STPM / Asasi / Matrikulasi / Diploma* yang mencapai PNGK 3.50 dan ke atas .

(ii) Permohonan juga dibuka kepada bakal graduan yang sedang dalam pengajian sepenuh masa Ijazah Sarjana Muda di IPT tempatan yang (jika) berjaya mencapai minimum PNGK 3.50 dan tahun pengajiannya masih berbaki sekurang-kurangnya 2 tahun pengajian.

(iii) Kepujian tinggi dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di peringkat SPM.

(iv) Memiliki ciri-ciri kepimpinan yang terserlah dan penyertaan yang yang aktif dalam aktiviti ko-kurikulum, terutamanya di peringkat luar sekolah atau universiti.

* pemberian BTAR tertakluk kepada pemohon diterima masuk ke IPT tempatan dalam negara.

(c) Syarat Tambahan

Pemohon yang disenarai pendek akan dikehendaki mengikuti program Pemerhatian Ciri Kepimpinan dan hadir pada sesi Temuduga Pemilihan yang di aturkan oleh pihak YTAR.

KADAR BIASISWA

Kadar biasiswa adalah mengikut kadar yang berkuat kuasa semasa.

PENARAFAN PENERIMA BTAR

Bagi mengekalkan taraf prestij dan eksklusif biasiswa ini, mana-mana Tunku Scholar yang gagal mengekalkan pencapaian PNGK 3.50 ke atas boleh dikenakan penalti seperti turun taraf kepada skim Dermasiswa Tunku Abdul Rahman (DTAR) atau Pemberian Pengajian Tunku Abdul Rahman (PPTAR), atau ditamatkan pemberian dan gelaran ‘Tunku Scholar’ dilucutkan.

KLIK DISINI UNTUK PERMOHONAN

Advertisements

Semakan Panggilan Temu Duga Kursus Perguruan Lepas SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2011

Assalamu’alaikum w.b.t & Salam Sejahtera,
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Semakan Panggilan Temu Duga Kursus Perguruan Lepas SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2011 boleh dibuat mulai pada 12 April 2011 (Selasa) melalui laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia.
Harap maklum.

Keputusan SPM terbaik sejak 2006

Pencapaian, kelulusan calon luar bandar makin meningkat

PUTRAJAYA: Seramai 10,488 calon sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) berjaya mendapat keputusan gred cemerlang (A+,A dan A-) dalam semua mata pelajaran yang diambil dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud berkata, daripada jumlah itu, 9,239 calon membabitkan sekolah KPM dan keputusan itu meningkat berbanding 7,987 pada 2009.Seramai 403 calon memperoleh gred cemerlang tertinggi (semua A+) bagi semua mata pelajaran berbanding 255 calon pada 2009.

Beliau berkata, pencapaian calon luar bandar juga menunjukkan peningkatan termasuk mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sains yang lebih baik berbanding calon bandar, tetapi usaha perlu dipertingkatkan untuk merapatkan jurang antara pelajar di kedua-dua lokasi khususnya bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.

“Pencapaian keseluruhan SPM 2010 adalah yang terbaik dalam tempoh empat tahun dengan 368,559 calon berjaya memperoleh sijil berbanding 364,046 calon pada tahun sebelumnya.

“Ini tahun kedua sistem penggredan baru diguna pakai dan ia dapat mendiskriminasi lebih tepat pencapaian calon yang memperoleh keputusan cemerlang, selain ia turut dipengaruhi pelaksanaan Dasar Mengehadkan Jumlah Maksimum 10 Mata Pelajaran dan Penambahan Dua Mata Pelajaran Tambahan Dalam SPM yang mula diperkenalkan tahun lalu,” katanya pada sidang media mengenai analisis keputusan SPM 2010 di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia, Sufaat Tumin.
Abdul Ghafar berkata, satu majlis khas mengumumkan sekolah dan pelajar terbaik akan diadakan 1 April ini di Lembaga Peperiksaan Malaysia, Jalan Duta, Kuala Lumpur dan bakal dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran.

Sebanyak 467,970 calon mendaftar menduduki SPM di 3,594 pusat peperiksaan di seluruh negara pada 23 November hingga 20 Disember lalu.

Daripada jumlah itu, 410,083 calon sekolah KPM, MRSM dan Sekolah Perantis Tentera (7,216), Sekolah Menengah Agama Negeri (8,127), Sekolah Menengah Agama Rakyat dan Sekolah Swasta (11,248) serta persendirian perseorangan (31,296).

Mengulas pencapaian sekolah, beliau berkata, ia dinilai berdasarkan Gred Purata Sekolah (GPS) dan 67 sekolah berjaya mencapai tahap cemerlang, baik (340), memuaskan (1,683) dan berpotensi (2,156).

Katanya, keputusan ini hasil tawaran baru antara sekolah dan kementerian dalam usaha meningkatkan prestasi akademik sekolah.

“Prestasi mata pelajaran kali ini juga amat membanggakan apabila 81 daripada 103 mata pelajaran menunjukkan peningkatan prestasi menggalakkan berdasarkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) dan penilaian berdasarkan empat kategori iaitu cemerlang, kepujian, lulus dan gagal,” katanya.

Bagi calon keperluan khas, Abdul Ghafar berkata, 319 daripada 629 calon SPM 2010, berjaya memperoleh sijil SPM berbanding 251 calon pada 2009.

Katanya, tujuh calon iaitu tiga calon rabun, buta (2) dan masing-masing satu calon pekak serta lain-lain kecacatan berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam semua mata pelajaran.

Beliau berkata, pencapaian calon ini membuktikan mereka turut mendapat peluang sama seperti calon lain dengan adanya kemudahan termasuk kertas soalan braille, moderasi dan cetakan besar, selain diberi masa berbeza menjawab soalan berbanding calon norma.

sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/

Laporan Ringkas SPM Tahun 2010 Sekolah-Sekolah Yayasan Islam Kelantan

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA TAHUN 2010
1 Bilangan Calon SPM 2010
Calon sekolah Yayasan Islam Kelantan yang menduduki peperiksaan bertulis SPM tahun 2010 adalah seramai 4657 orang berbanding tahun 2009 seramai 6046 orang. Calon SMU(A) Kerajaan / Maahad adalah seramai 3354 orang ( 97.97 %) manakala calon SMU(A) Bantuan Kerajaaan adalah seramai 1303 orang ( 92.25 %).
2 Prestasi Keseluruhan SPM tahun 2010
2.1. Calon yang layak mendapat sijil bagi semua sekolah Yayasan Islam Kelantan adalah seramai 4488 calon ( 96.89 berbanding seramai 5799 calon ( 95.91 %).
2.2. Bilangan dan peratus calon yang layak mendapat sijil dan pernyataan mengikut kategori sekolah adalah seperti berikut:-
2.2.1. SMU(A) Kerajaan / Maahad
Seramai 3286 calon ( 97.97 %) layak mendapat sijil dan seramai 54 calon ( 1.61 %) layak mendapat pernyataan.

2.2.2. SMU(A) Bantuan Kerajaaan
Seramai 1202 calon ( 94.05 %) layak mendapat sijil dan seramai 57 calon ( 4.46 %) layak mendapat pernyataan.

3 Pencapaian Keseluruhan Sekolah
Sekolah yang mendapat kelulusan 100 % (semua calonnya layak mendapat sijil)

3.1. SMU(A) Kerajaan / Maahad
3.1.1. Maahad Ar Rahmah Kenali
3.1.2. Maahad Muhammadi Lelaki
3.1.3. Maahad Muhammadi Perempuan
3.1.4. Maahad Muhammadi Pasir Mas
3.1.5. Maahad Muhammadi Pasir Pekan
3.1.6. Maahad Muhammadi Tumpat
3.1.7. Maahad Pengajian Islam
3.1.8. Maahad Syamsul Maarif (L)
3.1.9. Maahad Syamsul Maarif (P)
3.1.10. Maahad Tahfiz AlQuran Pulai Chondong
3.1.11. Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah
3.1.12. Pusat Pengajian Pondok

3.2 SMU(A) Bantuan Kerajaan
3.2.1. SMU(A) Al Ittihadiah Tanjung Pagar
3.2.2. SMU(A) Diniah Permatang Rambai
3.2.3. SMU(A) Ismailaiah Binjai Manis
3.2.4. SMU(A) Nurul Huda Bukit Yong

4 Kecemerlangan Calon
4.1. Seramai 40 orang calon mendapat 11A
4.2. Seramai 51 orang calon mendapat 10A
4.3. Seramai 76 orang calon mendapat 9A
4.4. Seramai 91 orang calon mendapat 8A
4.5. Seramai 158 orang calon mendapat 7A