PERMOHONAN MYBRAIN15 2016/2 DIBUKA

dimaklumkan bahawa permohonan program mybrain15 dibuka bermula 16 mac 2016 hingga 30 april 2016, jam 11.59 malam. permohonan yang diterima selepas daripada tarikh tutup tidak akan dipertimbangkan.

Pemohon diingatkan untuk membaca dengan teliti semua prosidur berkaitan permohonan, keperluan – keperluan permohonan dan maklumat berkaitan serta memastikan semua dokumen yang diperlukan dimuat naik dengan lengkap dan boleh dilihat dengan jelas.

Permohonan yang telah berjaya dihantar tidak boleh dibuat sebarang pindaan sehingga keputusan diumumkan. Justeru, sila semak dengan teliti sebelum permohonan dihantar.

Permohonan yang tidak lengkap dan tidak mengikuti syarat – syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.

UNTUK KETERANGAN LANJUT MENGENAI MYBRAIN15.KLIK LINK DI BAWAH

MyMASTER

MyPHD

Advertisements

PELAWAAN KEMUDAHAN PROGRAM BIASISWA KERAJAAN NEGERI CHINA TAHUN 2016/2017

Dengan segala hormat merujuk perkara di atas.

2. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil maklum bahawa Pejabat Kedutaan Republik Rakyat China mempelawa pencalonan daripada kalangan pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) untuk memohon kemudahan Biasiswa Kerajaan Negeri China Tahun 2016/2017 bagi pengajian peringkat Sarjana dan Ph. D secara sepenuh masa.

3. Pegawai-pegawai yang berminat untuk memohon hendaklah memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan tetap;
Telah disahkan dalam skim perkhidmatan semasa pada tarikh tutup permohonan;
Umur tidak melebihi 35 tahun untuk peringkat Sarjana dan tidak melebihi 40 tahun untuk peringkat Doktor Falsafah (Ph. D) pada tarikh tutup permohonan.
Mempunyai penguasaan bahasa Inggeris yang baik;
Telah mengisytiharkan harta;
Mencapai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata minimum 85% bagi tempoh genap 3 tahun kalendar yang terkini berturut-turut (2012, 2013 & 2014) atau (2013, 2014 & 2015);
Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah;
Tidak tersenarai dalam senarai hitam peminjam skim pinjaman pelajaran JPA;
Tiada mengikuti kursus pendek di luar negara dalam tempoh satu tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua tahun kebelakangan (dikira dari tarikh kursus ini bermula);
Kursus yang diikuti adalah berkaitan dengan bidang yang bersesuaian dengan bidang tugas;
Tidak mendapat penajaan (pinjaman atau biasiswa) daripada agensi penaja yang lain bagi pengajian yang diikuti; dan
Mengikuti pengajian di peringkat yang lebih tinggi daripada kelayakan akademik sedia ada yang dimiliki pegawai.

tarikh akhir permohonan adalah pada 21 mac 2016

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA KE LINK INI

BIASISWA SUKAN IPT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI 2016

Biasiswa Sukan ini merupakan satu galakan kepada atlet yang cemerlang dalam bidang sukan serta mempunyai potensi akademik yang baik untuk meneruskan pengajian di IPT.

Tawaran Biasiswa Sukan ini terbuka kepada semua atlet yang bergiat aktif dalam semua bidang sukan yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Majlis Sukan Negara (MSN).

Penerima Biasiswa Sukan IPT ini tidak mempunyai ikatan kontrak untuk berkhidmat dengan kerajaan. Walau bagaimanapun, pemegang adalah digalakkan untuk menyumbang ke arah pembangunan sukan negara apabila tamat pengajian kelak.

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA KE LINK INI

TAWARAN BIASISWA TAJAAN KERAJAAN JEPUN 2016 (MONBUKAGAKUSHO : MEXT) UNTUK PENGAJIAN PASCA SISWAZAH

Dengan segala hormat merujuk perkara di atas.

2.         Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil maklum bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menerima tawaran Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun (Monbukagakusho : MEXT) untuk Pengajian Pasca Siswazah dan mempelawa pegawai yang sesuai untuk memohon kemudahan biasiswa ini.

3.         Pegawai-pegawai yang berminat untuk memohon hendaklah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur dan syarat-syarat Cuti Belajar seperti berikut:

  1. Berkhidmat secara tetap;
  1. Telah disahkan dalam skim perkhidmatan semasa pada tarikh tutup permohonan;
  1. Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional;
  1. Berumur di bawah 35 tahun pada 1 April 2017;
  1. Mempunyai penguasaan bahasa Inggeris yang baik;
  1. Telah mengisytiharkan harta;
  1. Mencapai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata minimum 85% bagi tempoh genap 3 tahun kalendar yang terkini berturut-turut (2012, 2013 & 2014 atau 2013, 2014 & 2015);
  1. Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah;
  1. Tidak tersenarai dalam senarai hitam JPA; dan
  1. Tiada mengikuti kursus pendek di luar negara dalam tempoh satu (1) tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua (2) tahun kebelakangan (dikira dari 1 April 2016).

permohonan dibuka sehingga 18 Mac 2016 (Jumaat).

UNTUK MEMOHON DAN KETERANGAN LANJUT SILA KLIK LINK INI

NEW VACANCIES FOR ACADEMIC POSITION IN UNIVERSITY MALAYA(UM)

Greetings from University of Malaya.

Outstanding and motivated candidates who are committed and have exceptionally good records in teaching, research and publication, and have made significant contribution to knowledge are welcomed to join us in our pursuit for academic and research excellence.

How to Apply

Application for academic position is open and accepted all year round. To qualify for consideration, applicant must hold a minimum of PhD or Clinical Master degree for position at the Faculty of Medicine or Dentistry.

Kindly complete the application form downloadable below. The appended checklist will assist you in ensuring that your application and supporting documents are complete before submitting them to the address stated on the form. Incomplete applications shall not be considered.
Post-Application

An acknowledgment of receipt will be sent to you via email once candidate’s completed application form reaches the Recruitment and Career Enhancement Unit. Complete applications will be sent to the respective Academies/Faculties/Institutes/Centers to determine the applicant’s suitability and ability to perform the job. Application will be reviewed and considered by selection panels based on the University’s selection criteria. Selection decision will also be based on the available vacancies. Candidate may be required to submit additional documents and/or to attend an interview to support his/her application. The entire recruitment process may take between three to six months depending on the position applied for. If you do not hear from us within six months after the date of your application, it is likely that your application does not meet the selection criteria and your application is considered unsuccessful. Due to the large number of applications received, the Unit is unable to retain candidate’s application documents in the database for future use.

FOR MORE DETAIL CLICK HERE

BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG SESI PENGAJIAN 2016/2017 JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

Dengan segala hormat merujuk perkara di atas.

2.         Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil maklum bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pencalonan daripada kalangan pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) untuk memohon kemudahan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong Sesi Pengajian 2016/2017 bagi melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan Kedoktoran (Ph. D) di dalam dan luar negara.

3.         Pegawai-pegawai yang berminat dan berkelayakan untuk memohon mestilah memenuhi syarat-syarat permohonan seperti berikut:

Syarat-Syarat Umum

  1. Warganegara Malaysia; dan
  1. Umur tidak melebihi 35 tahun pada tahun memulakan pengajian di universiti.

Syarat-Syarat Khusus

  1. Memiliki Ijazah Sarjana Muda / Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya;
  1. Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif;
  1. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa;
  1. Pemohon perlu mendapatkab tempat pengajian dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-Undang dan Kewangan Islam di universiti penyelidikan tempatan seperti di Lampiran B1 atau universiti terkemuka dunia (Ivy League) mengikut Times Higher Education (THE), QS World University Ranking,Academic Ranking World Universities (ARWU), Barron’s Profiles Of American Colleges seperti di Lampiran B2;
  1. Pengajian bagi peringkat Sarjana adalah secara mod penyelidikan atau mixed mode yang mewajibkan penyediaan kertas penyelidikan atau disertasi atau tesis; dan
  1. Pemohon dikehendaki menghantar Kertas Cadangan Pengajian (Research Proposal) dalam Bahasa Melayu untuk pengajian dalam negara atau Bahasa Inggeris bagi pengajian di luar negara. Panduan menulis cadangan penyelidikan/pengajian adalah seperti di Lampiran D1.
  1. Kriteria Utama yang digunakan bagi pemilihan calon-calon untuk mendapatkan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong ini adalah berdasarkan kepada kecemerlangan akademik yang dimiliki oleh calon-calon. Kriteria berikut juga diambil kira di dalam pemilihan calon-calon iaitu:
  1. Penglibatan dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau hasil kerja kreatif dan inovatif; dan
  1. Prestasi semasa temuduga.

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA KE LINK INI

JAWATAN KOSONG UKM 2016

Kami memerlukan Warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk berkhidmat di Pusat Kembangan Pendidikan UKM bagi jawatan seperti berikut:

  1. pegawai tadbir gred N41
  2. pegawai kewangan gred W41
  3. penolong pegawai tadbir gred N27
  4. penolong pegawai teknologi maklumat gred F29
  5. pembantu tadbir kewangan gred W17
  6. pembantu tadbir perkeranian/operasi gred N17
  7. pegawai khidmat pelanggan gred N17
  8. juruteknik komputer gred FT17

untuk keterangan lanjut sila ke link ini