PELAWAAN KEMUDAHAN PROGRAM BIASISWA KERAJAAN NEGERI CHINA TAHUN 2016/2017

Dengan segala hormat merujuk perkara di atas.

2. Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil maklum bahawa Pejabat Kedutaan Republik Rakyat China mempelawa pencalonan daripada kalangan pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) untuk memohon kemudahan Biasiswa Kerajaan Negeri China Tahun 2016/2017 bagi pengajian peringkat Sarjana dan Ph. D secara sepenuh masa.

3. Pegawai-pegawai yang berminat untuk memohon hendaklah memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

Pegawai Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang sedang berkhidmat dalam perkhidmatan tetap;
Telah disahkan dalam skim perkhidmatan semasa pada tarikh tutup permohonan;
Umur tidak melebihi 35 tahun untuk peringkat Sarjana dan tidak melebihi 40 tahun untuk peringkat Doktor Falsafah (Ph. D) pada tarikh tutup permohonan.
Mempunyai penguasaan bahasa Inggeris yang baik;
Telah mengisytiharkan harta;
Mencapai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata minimum 85% bagi tempoh genap 3 tahun kalendar yang terkini berturut-turut (2012, 2013 & 2014) atau (2013, 2014 & 2015);
Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah;
Tidak tersenarai dalam senarai hitam peminjam skim pinjaman pelajaran JPA;
Tiada mengikuti kursus pendek di luar negara dalam tempoh satu tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua tahun kebelakangan (dikira dari tarikh kursus ini bermula);
Kursus yang diikuti adalah berkaitan dengan bidang yang bersesuaian dengan bidang tugas;
Tidak mendapat penajaan (pinjaman atau biasiswa) daripada agensi penaja yang lain bagi pengajian yang diikuti; dan
Mengikuti pengajian di peringkat yang lebih tinggi daripada kelayakan akademik sedia ada yang dimiliki pegawai.

tarikh akhir permohonan adalah pada 21 mac 2016

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA KE LINK INI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s