TAWARAN BIASISWA TAJAAN KERAJAAN JEPUN 2016 (MONBUKAGAKUSHO : MEXT) UNTUK PENGAJIAN PASCA SISWAZAH

Dengan segala hormat merujuk perkara di atas.

2.         Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil maklum bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah menerima tawaran Biasiswa Tajaan Kerajaan Jepun (Monbukagakusho : MEXT) untuk Pengajian Pasca Siswazah dan mempelawa pegawai yang sesuai untuk memohon kemudahan biasiswa ini.

3.         Pegawai-pegawai yang berminat untuk memohon hendaklah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur dan syarat-syarat Cuti Belajar seperti berikut:

  1. Berkhidmat secara tetap;
  1. Telah disahkan dalam skim perkhidmatan semasa pada tarikh tutup permohonan;
  1. Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional;
  1. Berumur di bawah 35 tahun pada 1 April 2017;
  1. Mempunyai penguasaan bahasa Inggeris yang baik;
  1. Telah mengisytiharkan harta;
  1. Mencapai Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) purata minimum 85% bagi tempoh genap 3 tahun kalendar yang terkini berturut-turut (2012, 2013 & 2014 atau 2013, 2014 & 2015);
  1. Bersih daripada pertuduhan/tindakan tatatertib dan bebas daripada dakwaan Mahkamah;
  1. Tidak tersenarai dalam senarai hitam JPA; dan
  1. Tiada mengikuti kursus pendek di luar negara dalam tempoh satu (1) tahun kebelakangan atau kursus panjang dalam tempoh dua (2) tahun kebelakangan (dikira dari 1 April 2016).

permohonan dibuka sehingga 18 Mac 2016 (Jumaat).

UNTUK MEMOHON DAN KETERANGAN LANJUT SILA KLIK LINK INI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s