BIASISWA YANG DI-PERTUAN AGONG SESI PENGAJIAN 2016/2017 JABATAN PERKHIDMATAN AWAM

Dengan segala hormat merujuk perkara di atas.

2.         Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengambil maklum bahawa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempelawa pencalonan daripada kalangan pegawai-pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) untuk memohon kemudahan Biasiswa Yang Di-Pertuan Agong Sesi Pengajian 2016/2017 bagi melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dan Kedoktoran (Ph. D) di dalam dan luar negara.

3.         Pegawai-pegawai yang berminat dan berkelayakan untuk memohon mestilah memenuhi syarat-syarat permohonan seperti berikut:

Syarat-Syarat Umum

  1. Warganegara Malaysia; dan
  1. Umur tidak melebihi 35 tahun pada tahun memulakan pengajian di universiti.

Syarat-Syarat Khusus

  1. Memiliki Ijazah Sarjana Muda / Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau kelas pertama atau yang setaraf dengannya;
  1. Aktif dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau menghasilkan kerja-kerja kreatif dan inovatif;
  1. Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mahir dalam lebih daripada satu bahasa antarabangsa;
  1. Pemohon perlu mendapatkab tempat pengajian dalam bidang Sains dan Teknologi, Ekonomi, Undang-Undang dan Kewangan Islam di universiti penyelidikan tempatan seperti di Lampiran B1 atau universiti terkemuka dunia (Ivy League) mengikut Times Higher Education (THE), QS World University Ranking,Academic Ranking World Universities (ARWU), Barron’s Profiles Of American Colleges seperti di Lampiran B2;
  1. Pengajian bagi peringkat Sarjana adalah secara mod penyelidikan atau mixed mode yang mewajibkan penyediaan kertas penyelidikan atau disertasi atau tesis; dan
  1. Pemohon dikehendaki menghantar Kertas Cadangan Pengajian (Research Proposal) dalam Bahasa Melayu untuk pengajian dalam negara atau Bahasa Inggeris bagi pengajian di luar negara. Panduan menulis cadangan penyelidikan/pengajian adalah seperti di Lampiran D1.
  1. Kriteria Utama yang digunakan bagi pemilihan calon-calon untuk mendapatkan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong ini adalah berdasarkan kepada kecemerlangan akademik yang dimiliki oleh calon-calon. Kriteria berikut juga diambil kira di dalam pemilihan calon-calon iaitu:
  1. Penglibatan dalam kegiatan ko-kurikulum atau aktiviti kemasyarakatan atau hasil kerja kreatif dan inovatif; dan
  1. Prestasi semasa temuduga.

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA KE LINK INI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s