Permohonan Kursus Perguruan Lulusan Unified Examination Certificate (UEC) dan Sijil Menengah Agama (SMA)/Sijil Menengah Ugama (SMU)

 

Assalamu’alaikum w.b.t & Salam Sejahtera,

Tuan/puan,

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Permohonan Kursus Perguruan Lulusan Unified Examination Certificate (UEC) dan Sijil Menengah Agama (SMA)/Sijil Menengah Ugama (SMU) dibuka seperti butiran berikut:

Calon-calon lulusan Unified Examination Certificate (UEC) dan Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) yang ingin mengikuti Program Pengambilan Khas Jun 2011 boleh membuat permohonan secara dalam talian bermula 18 Mac 2011. Syarat dan kelayakan mengikuti Program Pengambilan Khas Jun 2011.

 

1.         SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS

1.1       Warganegara Malaysia.

1.2       Umur   tidak   melebihi   20   tahun pada   20 Jun 2011 iaitu lahir pada atau selepas 20 Jun 1991.

1.3       Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.

1.4       Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.

1.5       Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memiliki sekurang-kurangnya kepujian dalam empat mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu serta lulus Bahasa Inggeris.

 

2.         SYARAT TAMBAHAN

2.1      Calon yang memiliki Unified Examination Certificate (UEC) yang hendak memohon bidang pengkhususan Bahasa Cina perlu memiliki sekurang-kurangnya kepujian Bahasa Cina di peringkat sijil Senior Middle Level (UEC-SML).

2.2      Calon yang memiliki Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU) yang hendak memohon bidang pengkhususan Pendidikan Islam perlu memiliki sekurang-kurangnya kepujian Bahasa Arab di peringkat SMA atau SMU.

 

KOD BIDANG PENGKHUSUSAN

1.         K010C0000P            Bahasa Cina Pendidikan Rendah (SK)

2.         K015A0000P            Pendidikan Islam Pendidikan Rendah (SK)

 

PERHATIAN:

  • Iklan di akhbar-akhbar tempatan akan turut disiarkan pada 18 Mac 2011
  • Sebelum membuat permohonan calon perlu mendapatkan No Pin di cawangan Bank Simpanan Nasional yang terdekat. Untuk keterangan lanjut klik sini.
  • Untuk membuat permohonan sila klik di sini atau klik e-Perkhidmatan Berkala : KPLSPM  pada portal KPM
  • Tarikh tutup permohonan : 23 Mac 2011

Sekian, terima kasih.

SUMBER : Kementerian Pelajaran Malaysia

LAMAN RASMI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s