Permohonan adalah dipelawa daripada bumiputera warganegara Malaysia yang dinamis dan ingin membina kerjaya dalam bidang pengajaran dan penyelidikan, serta mempunyai kelayakan yang diperlukan untuk memohon biasiswa di bawah Skim Tenaga Pengajar Muda Universiti Teknologi MARA 2011 bagi mengikuti kursus-kursus Ijazah Kedoktoran/ Sarjana dalam bidang-bidang sepertimana yang diiklankan

KELAYAKAN MEMOHON

1. Calon-calon mestilah mempunyai:

a. Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dan Sarjana yang diiktiraf (untuk permohonan pengajian peringkat Ph.D);

b. Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari Universiti yang diiktiraf (untuk permohonan pengajian peringkat Sarjana).

Bagi pengajian bidang Pergigian, calon-calon mestilah mempunyai kelulusan Ijazah Pergigian dari Universiti yang diiktiraf.

2. Calon-calon (bagi kedua-dua peringkat pengajian) mestilah memperolehi sekurang-kurangnya HPNG/CGPA 3.00 peringkat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian).

3. Mendapat kepujian Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

4. Bebas daripada ikatan kontrak sama ada dengan pihak Kerajaan, Badan-badan Berkanun, Firma atau badan-badan lain.

5. Calon-calon mestilah benar-benar berminat dalam bidang pengajaran dan penyelidikan.

6. Had umur calon adalah seperti berikut:

a. berumur tidak lebih dari 35 tahun semasa memohon bagi pengajian peringkat Ph.D;

b. berumur tidak lebih dari 30 tahun semasa memohon bagi pengajian peringkat Sarjana;

c. bagi kursus bidang-bidang Pergigian, calon-calon hendaklah berumur tidak lebih daripada 35 tahun semasa memohon.